Makluman Terkini
12:14:55 pm | 21 Mei 2012 | 29 Jamadilakhir 1433

Selamat datang ke laman web Masjid Jamek Samadiah, Pelabuhan Klang!

Makluman Terkini

09 Jan, 2012
Borang Pendaftaran Kursus Haji Bersiri 2012/1433H


Pendaftaran bagi kursus/ceramah haji bersiri 2011 / 1432H telah dimuat naik.

Tempoh kursus: 17 minggu (27 Feb 2012 - 17 Jun 2012)

Dianjurkan bersama oleh Lembaga Tabung Haji caw. Klang, Pejabat Agama Islam Daerah, dan Masjid Jamek Samadiah Pelabuhan Klang.

Yuran kursus: RM100.00 termasuk untuk makan minum (17 siri), penyediaan logistik, bayaran kepada penceramah, penggunaan utiliti masjid, dll

Penceramah: Ustaz Tuan Haji Husaini Haji Siraj

Borang pendaftaran boleh dimuat turun di menu Media > Muat-turun borang/fail.

Tuan/puan dialu-alukan untuk mendaftar.

 


09 Jan, 2012
Mesyuarat Agong 24 Disember 2011/1433H


muat-turun fail

 


25 Ogos, 2011
UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI MASJID JAMEK SAMADIAHPELABUHAN KLANG (KOSMAD AS SAMAD)


muat-turun fail

 


22 Jul, 2011
KURSUS HIJRAH POTENSI DIRI


Kursus anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada Asnaf Zakat yang terpilih dan dikendalikan oleh Syarikat perunding Mubarak Resources akan diadakan pada 24 Julai 2011 Hari Ahad Jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang bertempat di Masjid Jamek Samadiah Pelabuhan Klang

 


24 Jun, 2011
FORUM PERDANA EHWAL ISLAM PERINGKAT NEGERI SELANGOR DAERAH KLANG 2011


PADA HARI JUMAAT MALAM SABTU 24 JUN 2011 JAM 7.30 SELEPAS SOLAT MAGHRIB. TAJUK FORUM "BERSAMA MEMBENTUK BALDATUN THOIYIBATUN WARABBUN GHAFUR". MODERATOR YB DATO' DR HASSAN BIN MOHD ALI. AHLI PANEL USTAZ MUHAMMAD BIN ABDULLAH DAN USTAZ HALIM DIN (LEMBAGA ZAKAT SELANGOR)
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BAGI MENGIMARAHKAN MAJLIS ILMU

 


21 Apr, 2011
KOPERASI MASJID


DRAF PERLEMBAGAAN KOPERASI

muat-turun fail

 


17 Feb, 2011
Sambutan Maulidur Rasul 1432H/2011


Masjid Jamek Samadiah telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada hari Selasa 12/02/2011.Ceramah telah disampaikan oleh Ust.Hj.Mohyi Hj.Omar.Seramai 200 orang jema'ah bersama AJK telah hadir .

 


17 Feb, 2011
Sambutan Maulidur Rasul Perinkat Negeri Selangor 1432H/2011


Masjid Jamek Samadiah telah menyertai perarakan MaulidurRasul peringkat Negeri Selangor Di Stadium Melawati Sha Alam,pada Hari Selasa,15/02/2011 mulai jam 7.00 pagi.
Masjid Jamek Samadiah telah menjadi naib johan bagi ketegori Masjid&NGO dengan mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM 1500.00 dan piala .Tahniah kepada semua yang terlibat .

muat-turun fail

 


06 Feb, 2011
Kursus Pengurusan Jenazah


Telah diadakan pada 29 Januari 2011 dengan kerjasama JAIS, SAHABAT Hospital Selangor dan Masjid Samadiah Klang.

Seramai 55 peserta telah menghadiri kursus tersebut yang telah dirasmikan oleh Ustazah Sabariah Salleh - Pen Pengarah Bahagian Dakwah JAIS

 


31 Jan, 2011
Laman Web Baru Masjid Samadiah


Laman web baru telah dilancarkan di http://www.masjidsamadiah.org.my

muat-turun fail

 


 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
   
 
   

 

 
Hakcipta oleh Makuby Enterprise™ 2011
 
Penafian : Masjid Jamek Samadiah tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada website ini.